PAS Maran Rakam Penghargaan
  • Buat akaun
    *
    *
    *
    *
    *
    Fields marked with an asterisk (*) are required.
Anda Berada Di: Laman Utama

PAS Maran Rakam Penghargaan

E-mail Cetak PDF

Pemangku Yang Dipertua PAS Maran Ramli Abd Rahman mewakili PAS Maran

merakamkan ucapan penghargaan dan terimakasih kepada pihak Polis ,Bomba,Jabatan Pertahanan Awam,Rela,Yayasan Amal,Kumpulan nelayan sungai,PAS Bukit Kening,orang kampung serta semua pihak yang telah bertungkus lumus dalam gerakan mencari Mayat Ketua Pemuda PAS Cawangan Bukit Kening, Chenor, Mohd Khalil Khanurdin, 23 tahun,yang hilang di Sungai Pahang semasa menjaring ikan Jumaat 22.1.10. Sebelum ini, Khalil didapati hilang di Sungai Pahang semasa menjaring ikan berhadapan Masjid Batu Bor, dekat sini.

 


Menurut ayah allahyarham, Khanurdin Abdul Manan, 49, kira-kira jam 3 petang, mangsa telah pergi menjaring bersama-sama dengannya dan beberapa orang lagi di pinggir pasir sungai.

Katanya, dalam keadaan asyik menarik jaring, mangsa tiba-tiba hilang dan disyaki terjatuh ke dalam sungai.

Menurut Ramli mayat Khalil di temui oleh Sdr Roslan Sukur dan rakannya sekitar jam 11.00pagi 24.1.10 berhampiran Pulau Mat asin Kg. Pesagi lebih kurang 7 KM daripada tempat beliau dipercayai jatuh lemas.

 

Terakhir Dikemaskini ( Rabu, 10 Februari 2010 15:11 )  

Sedang Online

Kami ada 6 pelawat online

Statistik

Hit Paparan Kandungan : 24829