KUANTAN, 5 Feb [8.35 pm] - Bagaikan tradisi, kes curi balak berlaku lagi.
Terbaru seperti dilaporkan oleh Buletin Utama TV3 ialah di Hutan Simpan Berkelah yang terletak dalam daerah Maran Pahang. Masih kita ingat pada 11 Disember 2009yang lalu, Ahli Parlimen KuantanFuziah Salleh (foto) pernah membongkarkan bahawa bandar Kuantan akan tenggelam akibat kerakusan pihak yang tidak bertanggung jawab mengeluarkan berpuluh ribu ekar kawasan balak tanpa kelulusan Penilaian Kesan Alam Sekitar(EIA). Difahamkan seluas 42 ribu ekar atau 16,800 ribu hektarHutan Simpan Berkelah dan Hutan Simpan Remen Chereh telah diluluskan penebangan balak oleh Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Pahang, yang dipengerusikan oleh Menteri Besar, Dato' Seri Adnan Yaakob. Difahamkan kesemua kawasan terbabit telah anugerahkan kepadaMentiga Corporation Sdn.Bhd dan Amanah Saham Pahang(ASPA). Fuziah telah mendedahkan perkara ini di lobi parlimen ketika itu, siap dengan bukti-bukti yang diperolehinya dari jabatan yang berkenaan. Pendedahan tersebut jelas sekali mengejutkan seluruh rakyat Pahang, ternyata kerakusan Kerajaan Negeri Pahang untuk mengaut keuntungan lumayan tetapi sanggup menggadaikan nyawa rakyat itu.
Kini, kata-kata Fuziah itu seolah-olah bakal menjadi kenyataan apabila berlaku lagi kecurian balak yang bernilai jutaan ringgit di kawasan terbabit (Hutan Simpan Berkelah). Bayangkan, banyak mana lagi kerajaan negeri harus mengalami kerugian dengan kes seperti ini. Kami pernah mendedahkan tentang kecurian balak di Pahang ini sebenarnya berlaku secara"berhemah". Ia memang tidak disedari oleh pihak Jabatan Perhutanan kerana aktiviti yang dilakukan cukup licik sekali. Malah kecurian dan rompakan ini biasanya disedari selepas beratus-ratus ekar kawasan balak terbabit di keluarkan. Terkadang, pihak berkenaan sengaja memanggil media seperti TV3 untuk membuat liputan kononnya mereka melakukan kerja. Walhal, apa yang didedahkan itu hanya sebatang dua kayu balak sahaja. Sebaliknya kayu yang banyak telah dikeluarkan oleh mereka yang mendapat "lampu hijau" daripada pihak atasan. Inilah masalah balak yang berlaku di Pahang sebenarnya. Malah, jika diteliti setiap kali laporan media dibuat kononnya ada tangkapan dan perkakas berkenaan seperti jentera menebang, lori balak, pajero dan sebagainya akan disita. Namun, tidak pernah kita melihatnya di mana-mana balai polis yang berhampiran. Ini maknanya sudah ada jalan penyelesaian yang dibuat secara rundingan antara pihak yang bertanggungjawab. Inilah yang akan berlaku selagi UMNO BN dibenarkan memerintah negeri Pahang ini. Terkadang yang mencuri bukannya orang biasa, tetapi pemimpin UMNO yang mempunyai kuasa. Akibat lambat mendapat kelulusan permohonan mereka, maka jalan terbaik ialah mengarahkan tokey-tokey balak membawa keluar kayu-kayu itu secara "curi-curi" pada waktu malam. Aktiviti mereka ini biasanya akan dipantau oleh pihak terbabit dari masa ke semasa bagi mengelakkan daripada tindakan oleh pihak berkuasa.
[Jika dilihat kepada kejadian terbaru yang dilaporkan oleh TV3 malam tadi, ternyata kes tersebut ialah kecurian yang berlaku atas lesen yang diluluskan. Maknanya, pihak terbabit sudah mendapat lesen mengeluarkan kayu balak di kawasan yang digazetkan, namun akibat tamak haloba mereka mencuri lagi di kawasan bersebelahan untuk mendapat untung yang berlebihan. Masalah ini tidak akan berkesudahannya selagi kerajaan tidak bertukar tangan. Ini kerana, rakyat Pahang tidak wajar lagi bergantung harap kepada kerajaan UMNO dan BN dalam hal ini. Bermula di zaman MB Khalil Yaakob, Adnan Yaakob dan seterusnya maka duit hutan balak seolah-olah sudah menjadi darah daging mereka. Kerajaan Negeri Pahang mengalami kerugian jutaan ringgit akibat kealpaan dan penyelewengan yang berlaku ini. Justeru itulah kita tidak hairan kantung kerajaan negeri senantiasa mengalami defisit setiap kali pembentangan Bajet Negeridilakukan sejak 11 tahun yang lalu. Oleh itu, rakyat Pahang diseru membuat perubahan dalam pilihanraya umum akan datang. Kita tidak mahu negeri ini terus dimalukan dengan berita kecurian balak ini].
Sumber Pahang Daily



