Projek kompleks polis Bera terbengkalai
  • Buat akaun
    *
    *
    *
    *
    *
    Fields marked with an asterisk (*) are required.
Anda Berada Di: Laman Utama

Projek kompleks polis Bera terbengkalai

E-mail Cetak PDF

Apa sudah jadi kepada projek pembinaan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bera serta kuarters anggota polis yang kini sudah setahun berlalu tanpa dapat disiapkan dan diserahkan untuk di duduki?

Jika perumahan yang terbengkalai, itu perkara biasa. Namun jika kompleks polis yang jadi begini, siapa pula yang patut dipersalahkan?

Kegagalan pihak kontraktor utama untuk menyiapkan projek yang dikhabarkan berjumlah lebih daripada RM60 Juta ini mengakibatkan wujudnya satu lagi projek terbengkalai yang terdapat di daerah Bera ini.

Bera baru sahaja diisytiharkan daerah baru yang dipecahkan daripada Teemrloh kira-kira 7 tahun lalu.

Kegagalan untuk menyiapkan IPD serta kuarters polis Bera yang baru ini sudah berlanjutan hampir setahun apatah lagi dikhabarkan sudah hampir enam bulan kerja-kerja akhir (finishing works) untuk menyiapkan IPD ini telah terhenti.

IPD Bera adalah merupakan salah satu projek pembinaan IPD-IPD baru diseluruh negara sejak tiga tahun lalu dan daerah Bera bertuah kerana turut memperolehi IPD baru tersebut.

Namun begitu harapan anggota polis khususnya serta penduduk-penduduk di daerah Bera ini umumnya untuk melihat projek IPD ini disiapkan mengikut jadual hampa kerana kegagalan kontraktor utama melaksanakan amanah yang telah diberikan.

Difahamkan projek IPD Bera ini telah mencecah hampir 80% siap dan melihat semak-samun yang mula meliar tumbuh dimerata tempat di kawasan tapak serta bangunan khususnya di tapak kuarters polis adalah diharapkan agar pihak-pihak tertentu yang terlibat khususnya Kementerian Dalan Negeri (KDN) selaku kementerian yang bertanggungjawab dapat menyelesaikan perkara ini dengan secepat mungkin serta berhemah.

~http://pkrbera.blogspot.com/

Terakhir Dikemaskini ( Isnin, 08 Februari 2010 02:01 )  

Sedang Online

Kami ada 6 pelawat online

Statistik

Hit Paparan Kandungan : 24827