
BEKAS Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Hajjah Kalsum Othman, 62 telah
kembali ke Rahmatullah kira-kira jam 2:00 pagi tadi di hospital Tengku Anis Kota Bharu Kelantan akibat stroke. Menurut menantunya Abdul Shakur Shaari yang memaklumkan khabar dukacita itu sekejap tadi, Allahyarham terjatuh di bilik air di rumahnya Asar petang semalam.
Allahyarham meninggalkan suami dan dua orang anak.
Jenazahnya akan dikebumikan selepas solat Zohr hari ini di perkuburan berhampiran Masjid Ibrahim bandar Pasir Puteh.
Allahyarham merupakan serikandi Pas yang tidak asing di Kelantan. Kehebatan yang sering disebut mengenainya ialah sebagai tokoh pidato handalan. Sepenjang hayatnya menjawat beberapa jawatan penting dan menjada tenaga utama menggerakan perjuangan Pas sehingga ke saat-saat akhir.
Kemunculannya dalam arena politik bermula selepas Pas kalah teruk tahun 1978. Bakatnya tercungkil menerusi pertandingan pidato dan di sinilah Allahyaram mula melangkah kaki ke gelanggang perjuangan.
Sepenjang hayatnya Allahryam telah memegang berbagai jawatan penting dalam dewan Muslimat dari peringkat kawasan, negeri dan pusat.
Tahun 2003 - 2005 menjadi ketua dewan Muslimat Pas Malaysia. Allahyarham juga pernah dilantik menjadi senator dari tahun 1991 - 1997 dan merupakan senator wanita pertama Pas dari Kelantan dan selepas kemenangan Pas tahun 1990.
Dalam pilihan raya umum 2004 Allahyarham menang kerusi Parlimen Pasir Puteh mengalahkan Che Mi Che Ahmad. Bagaimana kerusi itu terpaksa diserahkan semula kepada calon Umno apabila mahkamah mengistyharkan kerusi berkenaan dibatalkan dan kemenangan diberikan kepada Che Min.
Dalam pilihan raya umum 2008 Allahyarham tidak bertanding di mana-mana kerusi. Komitmen kepada parti dan perjuangan masih diteruskan walaupun tanpa jawatan penting. Sehingga ke saat akhir Allahyarham merupakan ketua dewan Muslimat Pas Pasir Putih dan pegawai Halaqah.
Al Fatihah.


